Friday 22 August 2014

mingguan malaysia.20 julai 2014

Jejak Tamadun Islam di bumi Uzbekistan


REGISTAN Square antara bangunan menarik di Samarkhan.


Walaupun destinasi ini agak baru, namun bagi kami, Uzbekistan mempunyai pelbagai keistimewaan bukan sahaja oleh mereka yang inginkan kelainan yang diterokai ketika melancong, malah sesuai untuk pelancong yang mahukan informasi serta kajian sejarah Islam secara terperinci. Uzbekistan, sebuah negara bekas jajahan Rusia selama lebih 50 tahun dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1999.
Seawal 9 pagi, kami seramai 38 orang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki Uzbekistan Airways menuju ke Tashkent dalam penerbangan tujuh jam tanpa henti . Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat pada pukul 5 petang waktu tempatan.
Apabila menjejakkan kaki di bumi Balkan, diri terasa terundur 20 tahun ke belakang. Dengan petugas keselamatan di lapangan terbang Tashkent yang cukup mahal dengan senyuman melarang kami merakam foto kenangan lantas memadamkan foto-foto kami.
Rombongan kami seorang demi seorang melepasi pemeriksaan imigresen yang ketat dan padat dengan pelancong. Setelah selesai semuanya, kami disambut oleh pemandu pelancong yang begitu peramah Mr. Sardon El Siddiqe yang menunggu kedatangan kami.
Walaupun jarak lapangan terbang Tashkent ke ibu kota agak dekat tetapi memakan masa selama sejam. Kami dibawa ke restoran terkenal bagi menikmati makan malam yang cukup istimewa iaitu kebab kambing di samping makanan tradisi penduduk di sini. Selepas itu, kami dibawa ke hotel penginapan.



KELUARGA besar kami seramai 38 orang di Registan Square, Uzbekistan.


TASHKENT
Ibu negara bagi Uzbekistan ini tidak kaku dengan pembangunan. Sebuah kota metropolitan yang kian membangun dengan bangunan yang sungguh istimewa rekaannya selain bangunan-bangunan lama yang masih kekal dengan sejarahnya tetap dijaga rapi seperti binaan tertinggi yang dahulunya pernah menjadi antara tertinggi di Siberia.
Tapi kini menjadi menara stesen televisyen yang popular untuk lawatan. Bersebelahannya ada taman memorial berdarah semasa pemerintahan Soviet Union dulu. Sejarah perang yang sungguh memedihkan, terdapat juga tugu-tugu peringatan di sana-sini.
Di Tashkent juga terdapat al-Quran Mushaf Usmawi yang asalnya ditulis atas kulit rusa ketika zaman Khalifah Saidina Usman - mempunyai empat salinan dan diagihkan ke seluruh empayar Islam, dan salah satunya dihantar ke Tashkent.
Kami juga dibawa ke Independece Square, Navol Theatre, Barakkan Masreseh, The Kafifal Shahsi Mauseloum, Kukeldesh Madraseh, The Djuma Mosque semuanya mempunyai sejarah tersendiri.

BUKHARA
Untuk ke Bukhara, kami menaiki penerbangan domestik yang memakan masa sejam dengan jarak perjalanan 435 kilometer (km). Sempat juga penulis merakamkan keindahan muka buminya yang menakjubkan dengan gunung-ganang yang kontang dan Tasik Aral yang dahulunya mempunyai 1,500 pulau yang wujud di danau ini, tasik keempat terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 kilometer persegi.
Malangnya, paras permukaan air tasik besar itu telah mengalami penyusutan sejak tahun 1960. Di sini juga tempat kelahiran Imam Al-Bukhari. Salah satu tarikan pelancong untuk ke Uzbeskistan menziarahi Sauk iaitu bandar lama yang masih seperti 100 tahun dahulu.
Di Bukhara, rumah-rumah masih dibina daripada rumput atau tanah dan pengangkutan keldai masih digunakan. Kami juga dapat menyaksikan cara memasak nasi beriani secara tradisional.
Pada sebelah petang pula, kami dibawa ke Nadir Devan untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional masyarakat di sini sambil makan malam istimewa dan dapat menghayati pemandangan saat-saat matahari terbenam yang amat menakjubkan dari atas bangunan restoran.
Sebelah malam pula, ada antara ahli rombongan kami yang keluar menyusuri bazar berhampiran hotel penginapan sambil menjamu mata dan membeli-belah barangan kraftangan seperti beg tenunan daripada kulit unta, alas meja dan magnet peti sejuk. Bazar berkenaan seperti pasar malam yang dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong seperti kami.

SAMARKHAN
Dari Bukhara ke Samarkhan memakan masa lebih dua jam dengan perjalanan sejauh 250 kilometer melalui jalan gurun, Laluan Sutera (Silk Road) serta kota lama. Kami singgah di Gijduvan Village untuk melihat seni pembuatan Potery atau pasu yang amat terkenal di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Samarkhan.
Antara tempat menarik di Samarkhan ialah Registan Square, Madraseh Ulughbek, Madraseh Shirdor dan Bibikhanum Mosque. Seni binaan dan kubahnya seakan-akan sama, di dalamnya banyak menyimpan khazanah tersendiri.
Registan Square apabila diterjemahkan bermakna kota daripada pasir. Kota yang tersimpan sejarah Islam bermula kehangatan syiar Islam serta kebangkitan ilmu falsafah yang asalnya daripada tokoh-tokoh pencinta hadis terkemuka di dunia. Tokoh-tokoh pengkaji ilmu bintang dan cakrawala berasal dari sini.
Ramai tokoh popular diabadikan dalam bentuk patung. Registan Square menyimpan khazanah penting dan menjadi pusat tarikan pelancong untuk ke Uzbekistan.
Kehebatan seni bina bangunannya, ukiran warna-warna marmar disadur air emas menjadikannya mewah serta memperlihatkan lebih kepada geometri moden. Binaan bumbung berkubah dilukis begitu ironik. Keindahan sekitar ruang yang dijadikan bazar serta madrasah diabadikan untuk ahli penghafal al-Quran.
Samarkhan juga merupakan bandar lama yang mempunyai bangunan yang aneh seakan-akan berada di antara zaman yang berlainan. Kompleks Amir Temur yang menggabungkan pusat agama dan sosio-ekonomi semasa pemerintahan era Timurid dahulu.
Penulis amat terpegun dengan keunikan ukiran serta hasil seni bina ratusan tahun yang luar biasa tapi tetap kukuh binaannya. Antaranya ialah Menara Azan, Makam Amir Temur yang terpelihara kelihatan tersergam indah. Di dalamnya sungguh hebat serta luar biasa dengan marmar keemasan serta berukir halus .
Esoknya, kami dibawa ke kompleks Al-Bukhari untuk menziarahi makam perawi hadis termashyur, tokoh Islam yang berjasa besar, pengumpul hadis dan sunnah yang sangat dikagumi. Imam Al-Bukhari disemadikan di sini .
Perkarangan makamnya tersergam indah bagaikan sebuah taman serta tugu peringatan yang sungguh utuh binaannya berukir indah daripada marmar dan jed hijau. Kami juga mengambil peluang untuk solat jamak di masjid berhampiran. Berat rasa hati untuk meninggalkan makam cendekiawan Islam yang tersohor ini. Terdetik hati penulis: “Sampai juga aku di sini."
Hari terakhir disini, kami dibawa ke Chorsu Bazar, Aley Market yang terkenal dengan buah-buahan kering dan kekacang. Sempat juga kami membeli cenderahati untuk dibawa pulang.
Membeli-belah di bazar ini bagaikan berada di Bazar Siti Khadijah. Rata-rata peniaga yang terdiri daripada makcik-makcik yang bergigi emas, mesra dan mudah memberi salam serta peramah .
Untuk makan tengahari, kami dijamu dengan nasi beriani istimewa di restoran tersohor di ibu negara Uzbekistan. Kemudian kami beransur menuju ke lapangan terbang Tashkent untuk pulang ke tanah air.
Hati terasa berat untuk kami meninggalkan Uzbekistan dengan pengalaman pengabadian tamadun Islam teragung. Satu destinasi yang pastinya tidak akan luput dalam kenangan.
 begini indah nya...banjaran himalaya....gambar ni di potretka semasa dalam penerbangan.
 banjaran anapurna,,,,,dan gunung everest
 saat tiba di airpot...bersama datin kamisah...
 mercu tanda memorial berdarah di uzbeskiston
 Soom..........mata wang uzbez.....juta2 kita...kaya...kaya
 dataran apa ni...lupa lak..
 dewan makan di buhkara..........unik
 seni bena ...unik...semua seakan2 sama...ukiran nya  pada menara,,,yg terdapat disini
 tekun...teliti...wanita ini sedang menjahit beg dari kulit unta
 kaknik bersama anak gadis...nya...peramah dan pandai berniaga..menolong ibu nya.

 buhkara...semenatara menanti matahari terbenam...raooon2 dulu
 pintu masok ke bazzar..di kota buhkara....ada menara tinggi di sebelah nya....ada sejarah kublaihkan...
 kakakss.........makciksss...semuanya happyyy
 kami bermalam di ibu kota Taskent.....dan pada pagi esok nya...kami melawati tempat2 bersejarah di kota ini....

No comments:

Post a Comment