Wednesday 22 May 2013


              Assalamualaika Ya Rasulullah S.A.W.

Pada awal tahun lepas , penulis berkesempatan mengerjakan umrah .
     Umrah kali ini lebih istimewa kerana dengan izinNya dan rahmatNya penulis diberi peluang untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah.
     Sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah , baginda terlebih dahulu berhijrah ke Thaif . Selain dari itu , Masjidil Haram dan Baitullah adalah keutamaan umrah . Untuk melengkapkan perjalanan ke destinasi ini tercapai , penulis dan para jemaah dibimbing oleh seorang muttawif yang berpengalaman berasal dari Pattani , selatan Thailand .
     Pada mulanya , penulis terasa berat untuk mencoretkan pengalaman yang diperolehi atas sokongan suami dan anak-anak . tercapilah hasrat untuk berkongsi pengalaman yang tidak ternilai dengan harga yang tinggi .
     Alhamdulillah , dapatlah dikongsi bersama peminat ruangan destinasi Mingguan Malaysia sempena dengan bulan kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W .
     Dengan penerbangan yang panjang mengambil masa 8 jam kami penuhinya dengan berzikir dan membaca surah-surah pilihan dan menghafal doa-doa yang telah disediakan .
     Apabila kita menjejakkan kaki di tanah suci Makkah , rasakan sesungguhnya Allah maha besar . Dengan kebesaranNya , kita dapat sampai disini mengunjungi Baitullah . Sesungguhnya diri kita terlalu kerdil dan terlalu rendah . Sebagai tetamu Illahi , penulis datang untuk mencari cintaNya juga mencari kemaafan dan keampunan Allah SWT .
     Setelah beberapa hari berada di bumi Makkah dan sesudah menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Hudaibiah , Jabal Thur , Muzhalifah , Jabal Rahmah , kilang kelambu Kaabah , kilang pencetak kitab suci Al-quran dan beberapa kali umrah . Keesokannya , kami melakukan aktiviti bebas .
                                      Thaif

     Penulis dan 4 rakannya memilih untuk ke Thaif iaitu bumi bersejarah . Untuk ke Thaif kami menaiki bas menuju ke stesen kereta kabel . Jarak antara Makkah ke Thaif sejauh 60 kilometer dengan ketinggian 6165 diatas paras laut di lereng gunung Sarawat . Tempatnya tinggi berbukit-bukit dan udaranya nyaman dan berangin . Suhu Thaif amat menyenangkan sepanjang tahun . Dengan menaiki kereta kabel pemandannya begitu indah dan banjaran gunung Sarawat didepan mata . Bukit berbatu kerikir inilah junjungan kita mendaki bersama sahabat baginda Zaid Bin Harithah dengan hanya berjalan kaki menuju ke kota Thaif pada bulan Syawal tahun ke 10 kenabian baginda . Selama sepuluh hari baginda berada di bumi Thaif dan begitu berat dugaan diterimanya . Baginda dihalau sejauh 3 batu , dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif . Belum sempat untuk berdakwah baginda dihujani dengan lontaran sehingga kedua kakinya berdarah . Banyak lagi kisah yang menyayat hati di bumi Thaif ini . Penulis menitiskan air mata kesyahduan bila dapat melihat sendiri laluan sukar baginda untuk berdakwah memikul tugas sebagai utusan terakhir Allah SWT diatas muka bumi .
     Waktu sudah tengahari dan kami dibawa ke hotel Meridien Al-Hada untuk makan tengahari dan berehat di tepi kolam renang dan kami diberi taklimat tentang bumi Thaif yang diberkati .Thaif dalam bahasa arab bermaksud ‘merangkumi’ . Thaif ialah Bandar pertanian yang terkenal dengan pertanian anggur , delima dan ros . Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah . Seterusnya kami dibawa ke muzium purba dan terdapat banyak barang-barang zaman jahiliyyah seperti pakaian daripada kulit , tenunan , periuk belanga , pinggan mangkuk , kendi-kendi lama dan senjata kegunaan zaman silam . Ada juga gerai yang menjual batu permata dari satu gerai ke gerai yang lain bagaikan berda di dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” .
     Setelah selesai semua aktiviti , kami dibawa ke taman yang dipenuhi dengan beruk-beruk besar yang bebas berkeliaran dicelah-celah bukit . Kami tidak digalakkan keluar dari bas kerana beruk-beruk yang liar dan ganas . Hari sudah beransur senja dan kami singgah dipasar buah . Seterusnya kami kembali ke Makkah kerana esoknya kami akan ke Madinah Al-Munawwarah .

                   Madinah Al-Munawwarah

     Perjalanan menuju ke Madinah dengan pemandangannya bagaikan sebuah dataran padang pasir luas yang beratapkan langit . Dengan sinaran matahari panas terik dikiri kanan penulis hanya dapat melihat bukit-bukau yang berbalau-balau . Sebaik tiba dikota Madinah penulis dapat merasakan bagai disambut oleh baginda Rasulullah . Tika selangkah kaki memijak bumi Madinah hati berdetik ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH .
     Setelah selesai urusan di hotel penginapan , kami berehat kerana seawall 3.30 pagi kami akan menuju ke Masjid Nabawi . Dalam setiap langkah , penulis berselawat keatas baginda . Dibawah kubah itulah bersemadinya jasad Rasulullah S.A.W yang paling mulia diantara seluruh makhluk . Jam 7 pagi waktu tempatan barulah kami berpeluang mengunjungi Rasulullah di Raudhah . Dalam keadaan bersesak-sesak ruang yang padat dipenuhi manusia , penulis memberi salam . Dalam keadaan ini kita mampu menangis , perasaan lebih terasa , sesungguhnya kita amat kerdil disisi Allah . Tangisan keinsafan kesyahduan dengan air mata mencurah-curah penulis mencari kedamaian dipinggir taman syurga Raudhah .
                                 
                                             Bukit Uhud

     Hari kedua di Madinah , para jemaah dibawa menziarahi masjid Quba’ , masjid Jumaat , masjid Qiblatain dan masjid Khamsah . Setiap masjid ada sejarah dan keistimewaannya . Kami juga keladang kurma dan pasar buah . Dipasar ini banyak terdapat kurma-kurma terbaik didunia . Paling terharu ialah kami dibawa ke medan Uhud dan disini juga banyak peristiwa sejarah . Makam para syuhada yang telah dijanjikan syurga untuknya . Medan Uhud juga menyaksikan kehebatan Rasulullah dan sahabat berjuang sebagaimana tersebut dalam sejarah iaitu Rasulullah terluka sehingga pecah tulang rahang dan mukanya berdarah . Darah yang mengalir dari wajah baginda diminum oleh Malik Bin Sinan dan ditelannya kerana terlalu menyayangi utusan Allah ini . Begitu juga dengan Abu Talhah kerana sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah dengan 73 rusukan pedang , tombak , panah dan seluruh jarin tangannya putus . Lebih dahsyat lagi , jasad Saidina Hamzah dengan perutnya dibelah , hatinya diatas dada , hidung , telinganya dicacatkan demi mempertahankan Rasulullah dan memperjuangkan agama Allah supaya tertegak dimuka bumi ini .
     Tanpa disedari air mata ini turut mengalir dan keinsafan bertandang lagi dalam rembesan air mata . Penulis berdoa semahu-mahunya .
     Dihadapan makam syuhada dicelah-celah lubang jari penulis memasukkan tangan dan alangkah terkejutnya udara didalamnya begitu sejuk dan berangin berbeza sungguh diluar tempat kami berdiri yang sememangnya panas SUBHANALLAH .
     Bukit Uhud kecintaan nabi yang dikatakan akan bersama nabi Muhammad S.A.W disyurga nanti .
     Pada keesokannya kami berangkat pulang ke tanah air , sememangnya perjalanan yang ditempuhi ini akan memberikan iktibar terbaik buat diri dan rakan-rakan.
YA RASULULLAH , AKU MERINDUIMU ……..

 Air mawar Thaif yang tersohor di serata dunia,
 Laluan RASULLULLAH yang sukar untuk berdakwah ke Thaif,berbatu kerikil ,berbukit.
 peta menunjukan jarak antara mekkah ke thaif.
 Arca delima mercu tanda thaif adalah kawasan pertanian bagi ArabSaudi,
 Banjaran gunung SARAWWAT jelas di depan mata,kawasan tinggi beriklim sejuk sepanjang tahun,
 MEKKAH di waktu senja amat indah,disamping laungan azan.
 BANJARAN GUNUNG SARAWWAT.
 Tika menaiki kereta kabel menuju Thaif

No comments:

Post a Comment