Thursday 23 May 2013

TULIP,DELIMA,EVIL EYE di TURKEY


           Tulip, Delima, Evil Eye di Turkey

     Kepada pembaca Mingguan Malaysia dan peminat ruang destinasi. Di kesempatan ruang yang terhad ini, penulis mencoretkan sedikit pengalaman percutian pada penghujung April ini. Sempena festival pesta tulip di Istanbul, penulis dan rakan-rakan memilih untuk mengalami sendiri pengalaman ke negara yang mempunyai khazanah sejarah teragung di dunia iaitu Turkey.
     Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa 11 jam dengan menaiki pesawat Etihad AirLines kami transit di Abu Dhabi. Perasaan teruja bercampur baur dengan kepenatan penulis terlena di perjalanan yang panjang. Sebaik tiba di Istanbul, hari sudah pagi, setelah selesai urusan di Lapangan Terbang Istanbul, kami dibawa menaiki bas melintasi Bandar Raya Istanbul menuju ke Bandar Bursa melalui selat Yalova dengan menaiki feri. Diawal pagi, suhu mencecah 12 celcius menyebabkan badan mula menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, panoramanya begitu indah. Dari jauh kelihatan banjaran gunung-gunung masih diseliputi salji di puncak memutih bak kapas. Dalam ladang yang amat luas, pokok-pokok Apricot lebat berbunga tanpa daun sungguh mengasyikkan. Musim sejuk belum berakhir dengan semuanya terhidang di depan mata, penulis mengucapkan syukur keHadrat Illahi dengan anugerah ini. Amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata hanya foto-foto kenangan ini sahaja untuk tatapan pembaca.
      Tiba di Bandar Bursa, kami dibawa ke Green Mosque, Green Tond, Grand Mosque dan Silk Bazar. Disini banyak terdapat pusara-pusara lama dan ahli-ahli Sufi dan sejarah islamnya. Kemudian kami bertolak ke Bandar Pumakkale suatu kawasan tinggi pergunungan. Lawatan seterusnya ke Hierapolise sebuah kota kubu lama Turkey peninggalan Constantinople dengan kesan-kesan runtuhan dan ke kawasan teres air panas aneh yang dikenali dengan nama Cotton Castle juga ke kolam air Cleopatra Bath. Deretan kolamnya bertingkat-tingkat begitu unik sekali. Dalam suhu yang sejuk ramai juga para pelancong berendam di kolam yang bergaram ini.
     Seterusnya kami dibawa ke Bandar Konya dimana terdapat Mevlana Mosque dan Muzium juga pusara-pusara lama. Mevlana adalah pengasas tarian Sufi Whirhig Derwish lebih mudah disebut sebagai tarian pusing. Ada juga ukiran-ukiran kayu, alat muzik, Al-Quran dan kitab-kitab beliau juga janggut Rasulullah S.A.W.
     Paling menarik sepanjang perjalanan kami adalah bunga tulipnya. Dari satu bandar ke satu bandar, kami dihidangkan dengan panorama yang cukup indah. Tulip ditanam di pembahagi jalan dengan pelbagai warna, sedang menguntum sungguh teruja. Selepas sarapan, acara seterusnya ialah ke Cappa Docia (The Flinstone City) antaranya Underground City of Kaymakli kawasan gua yang pernah didiami oleh koloni kristian pada zaman dahulu. Penulis dan rakan-rakannya ingin merasai sendiri pengalaman yang unik ini. Kami juga terpaksa membongkok 90 darjah untuk melalui lubang dan lorong kecil dan ia amat memenatkan. Disini juga terdapat banyak gerai-gerai barangan cenderahati. Kemudian kami ke Unisher Castle Village iaitu kilang karpet buatan tangan dank e kilang Potrey di Avanos Village, Poetry dan karpet Turkey telah diakui antara yang paling berkualiti di dunia. Penulis dapat menyaksikan kehalusan seni dan proses pembuatannya. Dalam perjalanan, terdapat beratus-ratus belon udara panas terapung di udara dan pemandangannya cukup indah. Bas menyusuri lorong-lorong kecil untuk menuju ke satu kawasan yang muka buminya berbukit-bukit Grand Canyon kami seakan-akan kembali ke zaman batu. Apabila dibuka satu pintu, siapa menyangka akan ada sebuah restoran di dalamnya. Kami dijamu dengan masakan tradisional kaum Turkey. Dalam bukit itu juga ada satu kejutan, terdapat Orynt Jewellary gedung batu-batu permata koleksi batu Turkosh yang terbaik didunia yang berwarna biru.
     Pada hari berikutnya, perjalanan ke Angkara mencecah sehingga beratus-ratus kilometer. Dalam perjalanan, kami singgah di Salt Lake dan ini satu lagi pengalaman luar biasa. Di gigi pantainya, air laut berketul-ketul terus menjadi garam.
     Perjalanan disambung semula menuju ke Angkara. Angkara merupakan pusat pentadbiran Turkey dan ia juga dikenali sebagai The City of Ataturk. Lawatan berikutnya ke Mousoleum dan ke Muzium of  Kamal Ataturk, dimana penulis dapat melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turkey daripada Negara Islam menjadi sebuah kerajaan Sekular. Persekitaran kawasan ini dikawal ketat oleh tentera yang lengkap bersenjata di setiap ruang. Lawatan seterusnya ialah ke Bolu sebuah kawasan peranginan yang terletak di kai gunung, cuacanya amat sejuk,nyaman dan berangin. Taman-taman tulip menguntum indah. Agak lama penulis mengelamun di balkoni dan merasa rugi untuk meninggalkan panorama ini dan kami bermalam di Koru Hotel.
     Selepas sarapan, bas menyusuri kawasan pergunungan menuju ke Istanbul satu-satunya bandar raya di dunia yang menggabungkan dua benua iaitu benua Eropah dan Asia. Setibanya ke Istanbul, kami dibawa ke Masjid Biru yang amat terkenal dengan senibinanya. Dibina oleh Mehmet Alga anak murid kepada arkitek agung iaitu Ibnu Sinan. Penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat dan merakamkan kenangan di kawasan bersejarah ini. Banyak taman dipenuhi dengan bunga-bunga tulip berwarna-warni. Inilah musimnya tulip sedang menguntum dengan baiknya (April sahaja). Dalam asyik menikmati keindahan taman ini, tiba pula ke Haghia Sophia yang terletak bersebelahan Masjid Biru. Haghia Sophia ialah sebuah muzium yang pernah dijadikan gereja dan masjid. Seterusnya, kami ke Topkapi Place yang banyak tersimpan barangan khazanah Rasulullah S.A.W dan pembesar negara di zaman pemerintahan Uthmaniah. Di syiling kubah terdapat tulisan khat ukiran nama Rasulullah S.A.W dan kedua cucu baginda iaitu Hassan dan Hussin.
     Pada keesokan harinya, kami menaiki Cruise untuk menikmati pemandangan yang indah menyusuri selat Bospholus yang terletak diantara laut Hitam dan laut Marmara. Suasana petang itu sungguh nyaman sekali dengan hembusan angin laut dua benua, tanpa disedari telah sejam berlalu. Kemudian, masa bebas untuk membeli-belah di Grand Bazaar iaitu Bazaar tertutup yang terbesar didunia dengan lebih 4000 kedai di dalamnya. Kami juga diberi masa untuk menjamu mata dan membeli-belah. Pelbagai barangan jualan yang terdapat disini antaranya barangan cenderahati seperti karpet, sejadah, Porselin, kristal, Appletea termasuk kuih tradisional yang diperbuat daripada madu asli dan yang menjadi tumpuan para pelancong ialah Evil Eye bererti mata ketiga lambang budaya masyarakat Turkey.
     Pada hari berikutnya, lawatan terakhir kami menyusuri jalan pantai dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan iaitu kubu-kubu lama peninggalan sejarah masih utuh. Kemudian kami dibawa ke Istiglal Street di Taksim Square. Di bazaar ini terdapat banyak makanan yang berasaskan kekacang, makanan ringan, paling istimewa aiskrim Turkey dan perahan air delima yang sungguh lazat. Pada malam terakhir ini, kami mula mengemas barang-barang kerana pada keesokannya harinya kami akan pulang ke tanah air dengan membawa pulang 2000 keping foto berserta pengalaman penuh warna-warni untuk dititip bersama. Penulis berasa amat puas dengan percutian tersebut dan akan terpahat di hati dalam lipatan sejarah terunggul didunia.

Naimah Mahmood (0133342818)












y
 Tarian pusing..yang tersohor milik negara turki
 berlan terbesar di dunia,86 carats.
 sultan mehmet 11,conqueror of istanbul.
 wajah yang menggerunkan milik Mustafa Kemal Atartuk,founder of modem turkey.
 bersama teman di pintu gerbang,pamukkle.hierapolis,...byzantine gate,
 cappadocia.rock churches in goreme ,open air musseum
 dalam batu ini lah kami makan tengahari,siapa sangka ini adalah restoran,,mewah dengan masakan tradisonal masyarakat turki.
 Evei eye,kebanggaan masyarakat turki,mata ketiga,kemestian bagi memiliki,untuk cenderahati.
 belon udara panas,600 rm seorang,di cappadocia,berani kah anda menaikinya,
 kuih2 tradisonal masyarakat turki.,banyak terdapat di bazzar grand/
ramai nya pengunjung di grand bazzar,yang memiliki 4000 kedai,puas menjamu mata

Wednesday 22 May 2013


              Assalamualaika Ya Rasulullah S.A.W.

Pada awal tahun lepas , penulis berkesempatan mengerjakan umrah .
     Umrah kali ini lebih istimewa kerana dengan izinNya dan rahmatNya penulis diberi peluang untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah.
     Sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah , baginda terlebih dahulu berhijrah ke Thaif . Selain dari itu , Masjidil Haram dan Baitullah adalah keutamaan umrah . Untuk melengkapkan perjalanan ke destinasi ini tercapai , penulis dan para jemaah dibimbing oleh seorang muttawif yang berpengalaman berasal dari Pattani , selatan Thailand .
     Pada mulanya , penulis terasa berat untuk mencoretkan pengalaman yang diperolehi atas sokongan suami dan anak-anak . tercapilah hasrat untuk berkongsi pengalaman yang tidak ternilai dengan harga yang tinggi .
     Alhamdulillah , dapatlah dikongsi bersama peminat ruangan destinasi Mingguan Malaysia sempena dengan bulan kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W .
     Dengan penerbangan yang panjang mengambil masa 8 jam kami penuhinya dengan berzikir dan membaca surah-surah pilihan dan menghafal doa-doa yang telah disediakan .
     Apabila kita menjejakkan kaki di tanah suci Makkah , rasakan sesungguhnya Allah maha besar . Dengan kebesaranNya , kita dapat sampai disini mengunjungi Baitullah . Sesungguhnya diri kita terlalu kerdil dan terlalu rendah . Sebagai tetamu Illahi , penulis datang untuk mencari cintaNya juga mencari kemaafan dan keampunan Allah SWT .
     Setelah beberapa hari berada di bumi Makkah dan sesudah menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Hudaibiah , Jabal Thur , Muzhalifah , Jabal Rahmah , kilang kelambu Kaabah , kilang pencetak kitab suci Al-quran dan beberapa kali umrah . Keesokannya , kami melakukan aktiviti bebas .
                                      Thaif

     Penulis dan 4 rakannya memilih untuk ke Thaif iaitu bumi bersejarah . Untuk ke Thaif kami menaiki bas menuju ke stesen kereta kabel . Jarak antara Makkah ke Thaif sejauh 60 kilometer dengan ketinggian 6165 diatas paras laut di lereng gunung Sarawat . Tempatnya tinggi berbukit-bukit dan udaranya nyaman dan berangin . Suhu Thaif amat menyenangkan sepanjang tahun . Dengan menaiki kereta kabel pemandannya begitu indah dan banjaran gunung Sarawat didepan mata . Bukit berbatu kerikir inilah junjungan kita mendaki bersama sahabat baginda Zaid Bin Harithah dengan hanya berjalan kaki menuju ke kota Thaif pada bulan Syawal tahun ke 10 kenabian baginda . Selama sepuluh hari baginda berada di bumi Thaif dan begitu berat dugaan diterimanya . Baginda dihalau sejauh 3 batu , dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif . Belum sempat untuk berdakwah baginda dihujani dengan lontaran sehingga kedua kakinya berdarah . Banyak lagi kisah yang menyayat hati di bumi Thaif ini . Penulis menitiskan air mata kesyahduan bila dapat melihat sendiri laluan sukar baginda untuk berdakwah memikul tugas sebagai utusan terakhir Allah SWT diatas muka bumi .
     Waktu sudah tengahari dan kami dibawa ke hotel Meridien Al-Hada untuk makan tengahari dan berehat di tepi kolam renang dan kami diberi taklimat tentang bumi Thaif yang diberkati .Thaif dalam bahasa arab bermaksud ‘merangkumi’ . Thaif ialah Bandar pertanian yang terkenal dengan pertanian anggur , delima dan ros . Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah . Seterusnya kami dibawa ke muzium purba dan terdapat banyak barang-barang zaman jahiliyyah seperti pakaian daripada kulit , tenunan , periuk belanga , pinggan mangkuk , kendi-kendi lama dan senjata kegunaan zaman silam . Ada juga gerai yang menjual batu permata dari satu gerai ke gerai yang lain bagaikan berda di dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” .
     Setelah selesai semua aktiviti , kami dibawa ke taman yang dipenuhi dengan beruk-beruk besar yang bebas berkeliaran dicelah-celah bukit . Kami tidak digalakkan keluar dari bas kerana beruk-beruk yang liar dan ganas . Hari sudah beransur senja dan kami singgah dipasar buah . Seterusnya kami kembali ke Makkah kerana esoknya kami akan ke Madinah Al-Munawwarah .

                   Madinah Al-Munawwarah

     Perjalanan menuju ke Madinah dengan pemandangannya bagaikan sebuah dataran padang pasir luas yang beratapkan langit . Dengan sinaran matahari panas terik dikiri kanan penulis hanya dapat melihat bukit-bukau yang berbalau-balau . Sebaik tiba dikota Madinah penulis dapat merasakan bagai disambut oleh baginda Rasulullah . Tika selangkah kaki memijak bumi Madinah hati berdetik ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH .
     Setelah selesai urusan di hotel penginapan , kami berehat kerana seawall 3.30 pagi kami akan menuju ke Masjid Nabawi . Dalam setiap langkah , penulis berselawat keatas baginda . Dibawah kubah itulah bersemadinya jasad Rasulullah S.A.W yang paling mulia diantara seluruh makhluk . Jam 7 pagi waktu tempatan barulah kami berpeluang mengunjungi Rasulullah di Raudhah . Dalam keadaan bersesak-sesak ruang yang padat dipenuhi manusia , penulis memberi salam . Dalam keadaan ini kita mampu menangis , perasaan lebih terasa , sesungguhnya kita amat kerdil disisi Allah . Tangisan keinsafan kesyahduan dengan air mata mencurah-curah penulis mencari kedamaian dipinggir taman syurga Raudhah .
                                 
                                             Bukit Uhud

     Hari kedua di Madinah , para jemaah dibawa menziarahi masjid Quba’ , masjid Jumaat , masjid Qiblatain dan masjid Khamsah . Setiap masjid ada sejarah dan keistimewaannya . Kami juga keladang kurma dan pasar buah . Dipasar ini banyak terdapat kurma-kurma terbaik didunia . Paling terharu ialah kami dibawa ke medan Uhud dan disini juga banyak peristiwa sejarah . Makam para syuhada yang telah dijanjikan syurga untuknya . Medan Uhud juga menyaksikan kehebatan Rasulullah dan sahabat berjuang sebagaimana tersebut dalam sejarah iaitu Rasulullah terluka sehingga pecah tulang rahang dan mukanya berdarah . Darah yang mengalir dari wajah baginda diminum oleh Malik Bin Sinan dan ditelannya kerana terlalu menyayangi utusan Allah ini . Begitu juga dengan Abu Talhah kerana sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah dengan 73 rusukan pedang , tombak , panah dan seluruh jarin tangannya putus . Lebih dahsyat lagi , jasad Saidina Hamzah dengan perutnya dibelah , hatinya diatas dada , hidung , telinganya dicacatkan demi mempertahankan Rasulullah dan memperjuangkan agama Allah supaya tertegak dimuka bumi ini .
     Tanpa disedari air mata ini turut mengalir dan keinsafan bertandang lagi dalam rembesan air mata . Penulis berdoa semahu-mahunya .
     Dihadapan makam syuhada dicelah-celah lubang jari penulis memasukkan tangan dan alangkah terkejutnya udara didalamnya begitu sejuk dan berangin berbeza sungguh diluar tempat kami berdiri yang sememangnya panas SUBHANALLAH .
     Bukit Uhud kecintaan nabi yang dikatakan akan bersama nabi Muhammad S.A.W disyurga nanti .
     Pada keesokannya kami berangkat pulang ke tanah air , sememangnya perjalanan yang ditempuhi ini akan memberikan iktibar terbaik buat diri dan rakan-rakan.
YA RASULULLAH , AKU MERINDUIMU ……..

 Air mawar Thaif yang tersohor di serata dunia,
 Laluan RASULLULLAH yang sukar untuk berdakwah ke Thaif,berbatu kerikil ,berbukit.
 peta menunjukan jarak antara mekkah ke thaif.
 Arca delima mercu tanda thaif adalah kawasan pertanian bagi ArabSaudi,
 Banjaran gunung SARAWWAT jelas di depan mata,kawasan tinggi beriklim sejuk sepanjang tahun,
 MEKKAH di waktu senja amat indah,disamping laungan azan.
 BANJARAN GUNUNG SARAWWAT.
 Tika menaiki kereta kabel menuju Thaif

Friday 17 May 2013

bunga tulip

 Atas awan,dalam penerbangan ke turki,cahaya matahari mula kelihatan,
 Pagi di bursa,
 ponorama indah di waktu pagi di bursa,
 cahaya mulai terang,
Senja mula berlabuh di pamukkali,turki,
 Awal pagi di cappadocia,belon2 udara panas mula terapong di udara,
 Bandar Abudabi ,ponorama dari atas penerbangan,
 matahari mula kelihatan,
 cantik sekali,
awal pagi di Lapangan terbang istambul,