Monday 14 January 2013

terapung di Ha Long Bay


                      TERAPUNG DI HA LONG BAY
     Saban minggu asyik miembaca Destinasi Pelancongan Mingguan Malaysia  penulis
terpanggil untuk menceritakan sedikit pengalaman perjalanan ke Hanoi dan Ha Long Bay yang
sangat mengasyikkan dan  tak termimpi oleh penulis selama ini.
        Mengikuti rombongan seramai 25 orang yang diketuai oleh Kak Sal (panggilan manjanya). Kami bertolak dari LCCT ke Hanoi terlewat  sejam dari jadual asalnya.Penerbangan yang
Mengambil masa kurang lebih 4 jam terasa sekejap kerana rata-rata kami tertidur kepenatan.
Apa taknya dari jam 2 pagi kami sudah berada di LCCT.
       Pesawat yang kami naiki tiba di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai,Hanoi jam 10:30
pagi. Kami disambut dengan cuaca terang dan berkabus,suhunya 16 celcius terasa begitu
 nyaman sekali. Dari lapangan terbang kami dibawa melawat ke Bandaraya yang jaraknya 25
kilometer.  Kami juga dibawa makan tengahari di restoran D’ Nyonya Penang  kepunyaan 
anak kelahiran  Batu Pahat,Johor.
       Kami mendaftar masuk hotel penginapan Hanoi Boutique Hotel. Pada sebelah
petang,rombongan kami dibawa melawat ke Ho Chi Minhs House Muzium. Monumen yg dibina  dikawal ketat oleh  tentera  dan polis dimana jasad Presiden Vietnam bersemadi.
       Seterusnya kami dibawa berehat ambil menonton ‘Water Pupety at Tanglong Theatre’.
Kami cukup terhibur  dengan persembahan  tersebut. Hilang kepenatan  dan rata-rata kami
 Cukup. Sebelum balik ke hotel, kami menikmati makan malam di sebuah restoran anak Johor.
Kami tumpang bangga dengan kejayaan anak melayu jati dari Muar itu.
       Untuk destinasi yg ditunggu-tunggu, pada paginya selepas bersarapan, kami menaiki bas ke Ha Long Bay. Sepanjang perjalanan yg sejauh 165 kilometer agak membosankan. Kiri kanan cuma ada kebun-kebun sayur. Rakyatnya yg rajin bertani dengan cara tradisional masih
menggunakan kerbau untuk membajak sawah.
     Setibanya di sana kami terus  ke jeti untuk dibawa ke Cruise ditengah lautan Ha Long
dengan bot  yg boleh dinaiki seramai 20 orang. Sepanjang perjalanan di laut yg mengambil
masa 30 minit itu kami temui sesuatu yg unik dan mempersonakan. Lautnya tidak
berombak,tenang dan hijau airnya. Dikelilingi pulau-pulau yg mempunyai berbagai-bagai
bentuk seperti gajah,naga dan penyu. Seakan- akan hidup dan mengalu-alukan kedatangan
para pelancong seperti kami.
      Setiba kami di Oriental Sails Cruise dn setelah selesai urusan bilik masing-masing kami kedewan makan tingkat dua Cruise itu untuk makan tengahari. Teruja dgn hidangan selamat datang berupa ‘Som Tam’ iaitu sejenis betik kuning yg diparut. Semua kami ketawa dgn
hidangan ringkas itu. Walau bagaimanapun kami rasa seronok dan puas kerana kami
dihidangkan dgn makanan laut yg segar lagi enak pada tengahari itu.
























        Petangnya kami dibawa ke salah satu bukit berbentuk kepala naga yg terdapat gua
didalamnya. inilah pengalaman kali pertama penulis mendaki bukit ditengah lautan.
Pemandangannya  yg cukup indah tak tergambarkan oleh pemikiran penulis dan kami tidak
melepaskan peluang untuk merakamkan foto-foto kenangan.
       Kami meneruskan perjalanan kedalam yg menakutkan. Sekali lagi hati penulis
 terkedu,terlalu unik ciptaan Illahi. Keindahan dan keajaiban membuktikan ciptaan Illahi terlalu
 sempurna tiada taranya.
      Hari beransur gelap dan senja, kami kembali ke Cruise penginapan. Terpesona dgn
 keindahan alam, penulis ketingkat atas menikmati panorama senja yg kian berlabuh dan
meng habiskan beberapa jam disini. Hati penulis bertanya kenapa aku berada disini. Malamnya sunyi sepi cuma lampu-lampu Cruise yg Nampak dari jauh berkelip-kelip dan kami terapung dia Ha Long Bay.
        Seawall jam 7 pagi, aturcara seterusnya ialah senaman Tai Chi ditingkat atas. Disambung
 lagi tarian ‘poco-poco’ oleh ketua rombongan. Senaman memanaskan badan sambil menikmati kecantikan alam semulajadi. Sepanjang kami berada di Hanoi, matahari tak kelihatan cuacanya nyaman sekali. Petangnya, kami menaiki bot ke jeti untuk ke Ha Long Beach. Disini kami menginap di Chong Doan Ha Long hotel. Pemandangan dari atas balkoni yg menghadap ke laut sesuatu yg menakjubkan. Bukit-bukit kecil ditengah laut dan Cruise penginapan berlabuh di lautan yg tenang tidak berombak, damai sekali. Jelas kelihatan pantainya yg bersih,deretan kedai-kedai menjual barangan cenderamata dan patung-patung yg dipanggil Hong Gai Market. Bila malam hanya lampu-lampu Cruise sahaja yg berkelip-kelip ditengah laut. Panorama indah ini begitu sukar untuk merakamkannya dalam cuaca berkabus dan suhunya mencecah 12 celcius amat dingin.
        Pagi esoknya, kami kembali ke Bandaraya Hanoi, sejam perjalanan kami singgah di kedai kraftangan , ukiran patung dan arca . Rata-rata pelukisnya orang kurang upaya mempunyai baka yg menakjubkan. Hasil ukiran anyaman tangan mereka begitu cantik, halus dan unik.
        Sebelum ke hotel penginapan, kami dibawa ke Hanoi Market. selain itu, kami tidak
melepaskan peluang membeli cenderamata untuk dibawa pulang.
       Tempoh kami berada disini hampir berakhir. Esoknya,seawal 9 pagi, kami akan kembali ke tanah air meninggalkan  1001 kenangan semalaman terapung di Ha Long Bay.

Penulis,
Naimah Binti Mahmood

2 comments:

  1. penulisan kak nik sgt ok..mudah faham n pembaca boleh membayangkan apa yg hendak disampaikan..teruskan menulis ya kak nik.....!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi semangat pada kaknik,jangan jemu jengok2 lah blog ini,tegor lah apa2 yg patut,

    ReplyDelete