Tulip, Delima, Evil Eye di Turkey
Kepada pembaca Mingguan Malaysia dan
peminat ruang destinasi. Di kesempatan ruang yang terhad ini, penulis
mencoretkan sedikit pengalaman percutian pada penghujung April ini. Sempena
festival pesta tulip di Istanbul, penulis dan rakan-rakan memilih untuk
mengalami sendiri pengalaman ke negara yang mempunyai khazanah sejarah teragung
di dunia iaitu Turkey.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul
mengambil masa 11 jam dengan menaiki pesawat Etihad AirLines kami transit di
Abu Dhabi. Perasaan teruja bercampur baur dengan kepenatan penulis terlena di
perjalanan yang panjang. Sebaik tiba di Istanbul, hari sudah pagi, setelah
selesai urusan di Lapangan Terbang Istanbul, kami dibawa menaiki bas melintasi Bandar
Raya Istanbul menuju ke Bandar Bursa melalui selat Yalova dengan menaiki feri.
Diawal pagi, suhu mencecah 12 celcius menyebabkan badan mula menggigil
kesejukan. Sepanjang perjalanan, panoramanya begitu indah. Dari jauh kelihatan
banjaran gunung-gunung masih diseliputi salji di puncak memutih bak kapas.
Dalam ladang yang amat luas, pokok-pokok Apricot lebat berbunga tanpa daun
sungguh mengasyikkan. Musim sejuk belum berakhir dengan semuanya terhidang di
depan mata, penulis mengucapkan syukur keHadrat Illahi dengan anugerah ini.
Amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata hanya foto-foto kenangan ini
sahaja untuk tatapan pembaca.
Tiba di Bandar Bursa, kami dibawa ke
Green Mosque, Green Tond, Grand Mosque dan Silk Bazar. Disini banyak terdapat
pusara-pusara lama dan ahli-ahli Sufi dan sejarah islamnya. Kemudian kami
bertolak ke Bandar Pumakkale suatu kawasan tinggi pergunungan. Lawatan
seterusnya ke Hierapolise sebuah kota kubu lama Turkey peninggalan
Constantinople dengan kesan-kesan runtuhan dan ke kawasan teres air panas aneh
yang dikenali dengan nama Cotton Castle juga ke kolam air Cleopatra Bath.
Deretan kolamnya bertingkat-tingkat begitu unik sekali. Dalam suhu yang sejuk
ramai juga para pelancong berendam di kolam yang bergaram ini.
Seterusnya kami dibawa ke Bandar
Konya dimana terdapat Mevlana Mosque dan Muzium juga pusara-pusara lama.
Mevlana adalah pengasas tarian Sufi Whirhig Derwish lebih mudah disebut sebagai
tarian pusing. Ada juga ukiran-ukiran kayu, alat muzik, Al-Quran dan kitab-kitab
beliau juga janggut Rasulullah S.A.W.
Paling menarik sepanjang perjalanan kami
adalah bunga tulipnya. Dari satu bandar ke satu bandar, kami dihidangkan dengan
panorama yang cukup indah. Tulip ditanam di pembahagi jalan dengan pelbagai
warna, sedang menguntum sungguh teruja. Selepas sarapan, acara seterusnya ialah
ke Cappa Docia (The Flinstone City) antaranya Underground City of Kaymakli
kawasan gua yang pernah didiami oleh koloni kristian pada zaman dahulu. Penulis
dan rakan-rakannya ingin merasai sendiri pengalaman yang unik ini. Kami juga
terpaksa membongkok 90 darjah untuk melalui lubang dan lorong kecil dan ia amat
memenatkan. Disini juga terdapat banyak gerai-gerai barangan cenderahati.
Kemudian kami ke Unisher Castle Village iaitu kilang karpet buatan tangan dank
e kilang Potrey di Avanos Village, Poetry dan karpet Turkey telah diakui antara
yang paling berkualiti di dunia. Penulis dapat menyaksikan kehalusan seni dan
proses pembuatannya. Dalam perjalanan, terdapat beratus-ratus belon udara panas
terapung di udara dan pemandangannya cukup indah. Bas menyusuri lorong-lorong
kecil untuk menuju ke satu kawasan yang muka buminya berbukit-bukit Grand
Canyon kami seakan-akan kembali ke zaman batu. Apabila dibuka satu pintu, siapa
menyangka akan ada sebuah restoran di dalamnya. Kami dijamu dengan masakan
tradisional kaum Turkey. Dalam bukit itu juga ada satu kejutan, terdapat Orynt
Jewellary gedung batu-batu permata koleksi batu Turkosh yang terbaik didunia
yang berwarna biru.
Pada hari berikutnya, perjalanan ke
Angkara mencecah sehingga beratus-ratus kilometer. Dalam perjalanan, kami
singgah di Salt Lake dan ini satu lagi pengalaman luar biasa. Di gigi
pantainya, air laut berketul-ketul terus menjadi garam.
Perjalanan disambung semula menuju ke
Angkara. Angkara merupakan pusat pentadbiran Turkey dan ia juga dikenali
sebagai The City of Ataturk. Lawatan berikutnya ke Mousoleum dan ke Muzium
of Kamal Ataturk, dimana penulis dapat
melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah
menukar Turkey daripada Negara Islam menjadi sebuah kerajaan Sekular.
Persekitaran kawasan ini dikawal ketat oleh tentera yang lengkap bersenjata di
setiap ruang. Lawatan seterusnya ialah ke Bolu sebuah kawasan peranginan yang
terletak di kai gunung, cuacanya amat sejuk,nyaman dan berangin. Taman-taman
tulip menguntum indah. Agak lama penulis mengelamun di balkoni dan merasa rugi
untuk meninggalkan panorama ini dan kami bermalam di Koru Hotel.
Selepas sarapan, bas menyusuri kawasan
pergunungan menuju ke Istanbul satu-satunya bandar raya di dunia yang
menggabungkan dua benua iaitu benua Eropah dan Asia. Setibanya ke Istanbul,
kami dibawa ke Masjid Biru yang amat terkenal dengan senibinanya. Dibina oleh
Mehmet Alga anak murid kepada arkitek agung iaitu Ibnu Sinan. Penulis dan
rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat dan merakamkan
kenangan di kawasan bersejarah ini. Banyak taman dipenuhi dengan bunga-bunga
tulip berwarna-warni. Inilah musimnya tulip sedang menguntum dengan baiknya
(April sahaja). Dalam asyik menikmati keindahan taman ini, tiba pula ke Haghia
Sophia yang terletak bersebelahan Masjid Biru. Haghia Sophia ialah sebuah
muzium yang pernah dijadikan gereja dan masjid. Seterusnya, kami ke Topkapi
Place yang banyak tersimpan barangan khazanah Rasulullah S.A.W dan pembesar
negara di zaman pemerintahan Uthmaniah. Di syiling kubah terdapat tulisan khat
ukiran nama Rasulullah S.A.W dan kedua cucu baginda iaitu Hassan dan Hussin.
Pada keesokan harinya, kami menaiki Cruise
untuk menikmati pemandangan yang indah menyusuri selat Bospholus yang terletak
diantara laut Hitam dan laut Marmara. Suasana petang itu sungguh nyaman sekali
dengan hembusan angin laut dua benua, tanpa disedari telah sejam berlalu.
Kemudian, masa bebas untuk membeli-belah di Grand Bazaar iaitu Bazaar tertutup
yang terbesar didunia dengan lebih 4000 kedai di dalamnya. Kami juga diberi
masa untuk menjamu mata dan membeli-belah. Pelbagai barangan jualan yang
terdapat disini antaranya barangan cenderahati seperti karpet, sejadah,
Porselin, kristal, Appletea termasuk kuih tradisional yang diperbuat daripada
madu asli dan yang menjadi tumpuan para pelancong ialah Evil Eye bererti mata
ketiga lambang budaya masyarakat Turkey.
Pada hari berikutnya, lawatan terakhir
kami menyusuri jalan pantai dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan iaitu
kubu-kubu lama peninggalan sejarah masih utuh. Kemudian kami dibawa ke Istiglal
Street di Taksim Square. Di bazaar ini terdapat banyak makanan yang berasaskan
kekacang, makanan ringan, paling istimewa aiskrim Turkey dan perahan air delima
yang sungguh lazat. Pada malam terakhir ini, kami mula mengemas barang-barang
kerana pada keesokannya harinya kami akan pulang ke tanah air dengan membawa
pulang 2000 keping foto berserta pengalaman penuh warna-warni untuk dititip
bersama. Penulis berasa amat puas dengan percutian tersebut dan akan terpahat
di hati dalam lipatan sejarah terunggul didunia.
Naimah Mahmood (0133342818)
y
Tarian pusing..yang tersohor milik negara turki
berlan terbesar di dunia,86 carats.
sultan mehmet 11,conqueror of istanbul.
wajah yang menggerunkan milik Mustafa Kemal Atartuk,founder of modem turkey.
bersama teman di pintu gerbang,pamukkle.hierapolis,...byzantine gate,
cappadocia.rock churches in goreme ,open air musseum
dalam batu ini lah kami makan tengahari,siapa sangka ini adalah restoran,,mewah dengan masakan tradisonal masyarakat turki.
Evei eye,kebanggaan masyarakat turki,mata ketiga,kemestian bagi memiliki,untuk cenderahati.
belon udara panas,600 rm seorang,di cappadocia,berani kah anda menaikinya,
kuih2 tradisonal masyarakat turki.,banyak terdapat di bazzar grand/
ramai nya pengunjung di grand bazzar,yang memiliki 4000 kedai,puas menjamu mata
berlan terbesar di dunia,86 carats.
sultan mehmet 11,conqueror of istanbul.
wajah yang menggerunkan milik Mustafa Kemal Atartuk,founder of modem turkey.
bersama teman di pintu gerbang,pamukkle.hierapolis,...byzantine gate,
cappadocia.rock churches in goreme ,open air musseum
dalam batu ini lah kami makan tengahari,siapa sangka ini adalah restoran,,mewah dengan masakan tradisonal masyarakat turki.
Evei eye,kebanggaan masyarakat turki,mata ketiga,kemestian bagi memiliki,untuk cenderahati.
belon udara panas,600 rm seorang,di cappadocia,berani kah anda menaikinya,
kuih2 tradisonal masyarakat turki.,banyak terdapat di bazzar grand/
ramai nya pengunjung di grand bazzar,yang memiliki 4000 kedai,puas menjamu mata